E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

WELCOME 2017

Selamat Datang 2017. Berikut merupakan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2017. InsyaAllah. Moga dipermudahkan untuk tahun 2017. Selamat bekerja. Inovasi Psikologi Mensejahtera Insan.  

www.rebtberhentimerokok.webs.com

Ada cara, ada jalan untuk berubah dan mengubah. Rasionalkan diri untuk transformasi ke arah kebahagian. 

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (ILPiPOH) 

 

 

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan di bawah Unit Pengurusan Psikologi di ILP Ipoh. Unit ini memberikan perkhidmatan yang melibatkan sesi kaunseling dan aspek-aspek psikologi  seperti motivasi diri, membuat keputusan, perkembangan, personaliti, kesihatan dan lain-lain lagi.

Unit ini cukup komited dalam menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan pelajar dan juga staff di Institut ini. Misi unit ini adalah  " Ke Arah Pembentukan Modal Insan Cemerlang "  selain itu, unit ini juga berusaha membangunkan segala ilmu yang berkaitan dengan sosial manusia supaya ianya dapat dicerap dan diaplikasikan di Institut malahan sebagai satu elemen yang menggalakkan pembangunan manusia yang cemerlang.

Perkhidmatan ini meliputi perkhidmatan kaunseling, khidmat nasihat, konsultasi pendidikan, konsultasi kerjaya, konsultasi perkembangan manusia, konsultasi kesihatan, khidmat penyelidikan, kaunseling berhenti merokok, dan lain-lain lagi. Perkhidmatan e-kaunseling bertindak sebagai salah satu cara sesi kaunseling dilakukan secara maya atau rangkaian internet.  Klien boleh membuat pertanyaan atau berbincang melalui rangkaian e-mail dan sebagainya. Setiap perkhidmatan sesi kaunseling adalah terjamin kerahsiaannya. 

Pendekatan Psikologi juga meliputi pembangunan modal insan melalui rangkaian ilmu personaliti, aspek perkembangan manusia, sosial kesihatan dan melalui pendidikan sejagat merangkumi motivasi serta pembangunan manusia yang relevan. Segala usaha ini adalah semata ingin menjadikan manusia sebagai insan yang berpaksikan kepada kesejahteraan hidup.

 

" dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada    kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"

                                                                                                            Ali ' Imran (104)

"Kerahsiaan" adalah Satu Etika

Dalam menjaga aspek “Kerahsiaan” klien dalam sesi kaunseling beberapa perkara yang telah digariskan kepada Kaunselor/Pegawai Psikologi untuk “tidak sewenangnya memberikan maklumat atau apa juga yang melibatkan klien”. Oleh yang demikian laporan yang dikeluarkan oleh Kaunselor/Pegawai Psikologi adalah satu bentuk kerahsiaan kepada pihak bertanggungjawab. Pihak yang bertanggungjawab boleh dipersalah atau dipertikai sekiranya klien mengadu atau membuat laporan kepada Kaunselor/Pegawai Psikologi terhadap kebocoran maklumat klien. Sebarang tindakan pihak bertanggungjawab kepada klien  yang dirujuk oleh pihak bertanggungjawab haruslah dirujuk dahulu kepada Kaunselor/Pegawai Psikologi dalam menjamin keperluan dan kepentingan pihak bertanggungjawab, klien dan Kaunselor/Pegawai Psikologi. “Klien adalah kerahsiaan Kaunselor/ Pegawai Psikologi”.

 

Kod Etika Kaunseling adalah dirujuk melalui PERKAMA  (Persatuan Kaunseling Malaysia) dan Kod Etika Kaunselor Sekolah/ Institut pada tahun 1996. Kod Etika ini mengandungi Kod Tatalaku yang menghuraikan tanggungjawab kaunselor seperti berikut:

 

 

PERKARA 1

TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR/PEGAWAI PSIKOLOGI PADA KLIEN

 

a)    Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu ataupun klien berkelompok.

b)    Kaunselor perlu menghormati hak individu dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh  semasa kaunseling melainkan maklumat yang merbahayakan klien ataupun orang-orang sekelilingnya.

c)     Kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.

d)    Semasa menjalankan sesi, Kaunselor perlu memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien demi kepentingan diri sendiri sama ada aspek kewangan,seksual, perhubungan, emosi dan sebagainya.

e)    Kaunselor perlu berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalisme.

f)     Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekalipun.

g)    Kaunselor perlu menjelaskan pada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

h)    Kaunselor perlu mencapai persetujuan dengan kliennnya pada peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan.

i)      Persetujuan antara Kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama selanjutnya.

j)     Dalam kes di mana jelas terbukti klien ataupun orang lain berada dalam situasi bahaya, kaunselor perlu menggunakan budi bicaranya demi menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

k)     Sekiranya, mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidangnya, Kaunselor perlu rujuk klien tersebut pada pihak berkenaan.

 

motivation today

WHAT SAY U

 

Kempen Kesihatan dan Psikologi

 

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda

Bilangan Pelawat