E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

Berhenti Merokok

 

  Ketagihan merokok sudah menjadi masalah global. Bagi negara yang sedang membangun, hampir 49% orang merokok. Kegiatan merokok boleh menyebabkan punca kematian awal manusia. Dari kajian menunjukkan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat merokok.

 Setiap kali seseorang merokok, perubahan akan berlaku dalam badan seseorang perokok itu. Kadar Karbon Monoksida di dalam paru-paru akan meningkat. Karbon monoksida adalah gas yang tidak bewarna, berbau dan beracun yang mampu menyerap ke dalam darah dengan cepat bagi menghentikan oksigen. Hal ini membawa maksud, jantung terpaksa berkerja dengan lebih kuat untuk mendapatkan oksigen yang cukup untuk setiap otot, otak dan organ lain. Selain itu bukan perokok juga mampu mendapat kesan yang sama atau lebih teruk dari orang yang merokok.

Nikotin di hantar ke seluruh badan dengan cepat dan mampu sampai ke otak dalam masa 10 saat dengan hanya satu sedutan. Nikotin akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat. Hal ini juga menyebabkan aliran darah di setiap saluran darah perlahan. Nikotin mampu bertindak sebagai penegang, penegang otot, dan sebagai perangsang, meningkatkan tekanan di otot lain. Rembesan di perut akan meningkat dan ini akan menyebabkan perubahan ke atas aktiviti otak.

 


Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

- unit psikologi dan kaunseling ILP Ipoh-

Kaunseling Berhenti Merokok

Kaunseling berhenti merokok merupakan salah satu kaedah yang membantu perokok untuk berhenti merokok. Kaedah Kaunseling pemulihan atau psikopendidikan dan kesihatan merupakan cara yang digunakan kaunselor untuk membantu perokok berhenti merokok. Kaunseling pemulihan melibatkan bimbingan yang diberikan kepada perokok dengan melibatkan aspek empati dan rapour (perhubungan baik) di antara kaunselor dan perokok.

Dalam aspek pendidikan dan kesihatan, kaunselor sebaik mungkin akan mengembeleng maklumat yang berkaitan dengan rokok yang akan dijadikan sandaran dalam membantu perokok berhenti merokok. Perokok akan diberikan penerangan berkaitan dengan keburukan merokok dan beberapa cara yang boleh dipakai oleh perokok yang ingin berhenti merokok.

 Berhenti merokok perlu melibatkan beberapa aspek penting dalam menjadikan diri bebas asap rokok. Aspek biologi dilihat sebagai elemen yang penting supaya kefahaman tentang bahaya rokok dilihat secara saintifik yang melibatkan aspek biologi dan kimianya. Seterusnya aspek psikologi sosial yang mana membantu perokok melihat ke dalam diri tentang keperluan sosial terhadap kebergantungan rokok pada dirinya. Aspek sokongan sosial juga merupakan sandaran  penting yang mana boleh membantu perokok untuk berhenti merokok.

Gejala merokok boleh diberhentikan jika kita tahu caranya. Merokok memang mendatangkan kesan yang buruk. Ramai perokok ingin berhenti merokok, namun kegagalan mereka berlaku apabila sifat tangguh menangguh, kurang keyakinan, berpersepsi negatif terhadap diri dan bersifat egois pada diri sendiri menyebabkan ianya gagal untuk berhenti. Namun dewasa ini, banyak penemuan baru terutamnya dalam aspek perubatan yang boleh membantu perokok berhenti merokok.

 

PROSES KAUNSELING BERHENTI MEROKOK

KES RUJUKAN/ MERUJUK KAUNSELOR

UJIAN FAGERSTROM ( UJIAN KETAGIHAN)

PROSES PERHUBUNGAN KLIEN ( PENEROKAAN MASALAH)

KONSULTASI PSIKOPENDIDIKAN DAN KESIHATAN

MERUJUK KLINIK BERHENTI MEROKOK ( KKM ) UNTUK RAWATAN LANJUTAN

FOLLOW UP

TAMATKAN SESI

 - unit psikologi dan kaunseling ILP Ipoh-

Nafas Baru Ramadhan

title

Click to add text, images, and other content

Sketsa Rokok

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda