E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

Ledakan Akhbar (new!! now showing 9/11/09)

Ledakan akhbar merupakan salah satu interprestasi media positif dalam menjana pemikiran taraf moden demi membentuk pemikiran kritis. Ianya sebagai satu suntikan baru dan ilmu yang kadangkala terlepas pandang. Ledakan akhbar akan mengambil aktikel dari akhbar-akhbar untuk bacaan umum. Semoga ianya akan menjadi salah satu medium mendidik minda sedar dan segar.

(unit psikologi dan kaunseling ILP Ipoh)

Mengawal diabetes dengan Mecobalamin (utusan online 8/11/09)

 

HARI Diabetes Sedunia jatuh pada 14 November setiap tahun. Ia diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai reaksi terhadap peningkatan penyakit diabetes di seluruh dunia. IDF mengutarakan 'Pendidikan dan Pencegahan Diabetes' sebagai tema kempen Hari Diabetes Sedunia untuk lima tahun akan datang - 2009-2013 - demi untuk menangani kekurangan pendidikan sejagat tentang masalah ini.

Data terkini daripada IDF menunjukkan lebih 285 juta manusia di seluruh dunia kini hidup dirundung diabetes dan angka ini akan meledak menjadi 435 juta menjelang tahun 2030. Diabetes juga meragut empat juta nyawa setiap tahun dan ia merupakan penyebab utama kebutaan, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, strok dan pemotongan anggota.

"Pendidikan mengenai diabetes merupakan hak asas bagi setiap orang yang menghidapi penyakit ini. Persekutuan Diabetes Antarabangsa menyeru seluruh dunia agar membuat pelaburan untuk pendidikan, rawatan dan penjagaan terhadap berjuta manusia yang menghidapi diabetes di seluruh dunia," tegas Marg McGill, Naib Presiden Kanan IDF.

Takrif

Diabetes merupakan penyakit yang sangat melemahkan, di mana paras gula atau glukosa darah meningkat terlampau tinggi. Glukosa datangnya dari makanan. Insulin pula adalah sejenis hormon yang membantu glukosa memasuki sel untuk menjadikannya tenaga. Jika anda menghidapi Diabetes Jenis 1, badan anda tidak mampu untuk menghasilkan insulin. Diabetes Jenis 2 pula adalah jenis yang lebih biasa dijumpai, di mana badan anda tidak mencipta atau menggunakan insulin dengan baik. Tanpa insulin yang cukup dan berkesan, glukosa akan terus memendap di dalam darah.

Lama kelamaan, ia akan mengundang beberapa masalah serius sekiranya terlampau banyak glukosa menimbun di dalam darah. Ia boleh merosakkan mata, buah pinggang, dan urat saraf. Diabetes juga boleh menyebabkan penyakit jantung, angin ahmar, bahkan pemotongan anggota. Gejala Diabetes Jenis 2 termasuk keletihan, dahaga, penurunan berat badan, penglihatan yang kabur, serta kencing yang kerap. Namun, sesetengah orang tidak mengalami apa-apa gejala. Ujian darah akan menunjukkan sama ada seseorang itu menghidapi diabetes atau tidak.

Pencegahan Pilihan Terbaik

Nyata sekali, rawatan paling baik untuk segala penyakit ialah pencegahan awal. Bolehkah diabetes Jenis 2 dicegah? Pasti sekali boleh! Adalah agak jelas cara terbaik untuk mencapai matlamat ini ialah melalui pendidikan tentang gaya hidup, pemakanan, dan kaedah pengambilan suplemen nutrisi. Tentang rawatan diabetes atau pra-diabetes, rawatan perubatan konvensional semasa sememangnya telah dapat memberikan ramai penghidap diabetes kehidupan yang lebih sihat dan hayat yang lebih panjang. Namun begitu, rawatan yang paling berkesan bagi diabetes dan masalah gula darah yang lain memerlukan penggunaan strategi yang melibatkan perubahan gaya hidup, kaedah pemakanan dan pengambilan suplemen nutrisi.

Suplemen harian yang mengandungi multivitamin dan mineral berkuasa tinggi direkabentuk untuk menyokong keperluan nutrisi khas mereka yang mempunyai paras gula darah tinggi, termasuk pesakit diabetes. Dengan membekalkan pesakit diabetes dan pra-diabetes nutrien penting tambahan, terbukti dapat meningkatkan pengawalan gula dan juga mencegah atau merencatkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang agak tinggi dari biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Vanadium Sulfate, Zink, dan Kromium. Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA), sejenis antioksidan sejagat yang mampu berfungsi dalam kedua-dua bahagian yang berair dan berlemak dalam sel.

Asid alfa lipoik

Asid Alfa Lipoik (ALA) ialah sejenis antioksidan semulajadi yang amat berkuasa dan ia menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan terhadap saraf jika pengawalan gula darah (glukosa) tidak memuaskan. ALA telahpun digunakan selama lebih 30 tahun di Eropah (terutama sekali di Jerman) untuk menentang kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (Jenis 1 dan 2). ALA juga membantu meningkatkan penggunaan glukosa oleh otot, suatu tindakan yang amat penting bagi pesakit diabetes. Mereka yang menghidapi pra-diabetes dan diabetes dinasihatkan mengambil tambahan ALA antara 400 hingga 600 miligram (mg).

Vanadium sulfate

Vanadium Sulfate mungkin dapat memperbaiki kawalan glukosa pada mereka yang menghidap diabetes Jenis 2. Vanadium Sulfate diketahui dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Oleh kerana vanadium mempunyai kesan menyerupai insulin, maka kehadiran mineral surih ini dalam jumlah kecil tidak mencukupi bagi mereka yang mengalami keabnormalan gula dalam darah.

Kromium

Kromium membantu pesakit diabetes dan pra-diabetes meningkatkan sensitiviti insulin dengan meningkatkan kedua-dua bilangan reseptor insulin dalam sel dan juga aktiviti reseptor tersebut. Mengambil suplemen kromium akan mewujudkan pengawalan gula yang lebih baik dengan hanya menggunakan sedikit insulin sahaja.

Mecobalamin untuk saraf

Para saintis Jepun telah mengenal pasti bentuk aktif vitamin B12 yang boleh melindungi kita dari penyakit neurologi (saraf) dan penuaan, dikenali sebagai mecobalamin. Sesetengah gangguan yang mungkin boleh dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi mecobalamin - termasuklah neuropati periferal (peripheral neuropathies).

Manfaat Mecobalamin untuk kesihatan saraf termasuklah melindungi dari kerosakan saraf, membantu pertumbuhan semula jalinan saraf dan mengurangkan kesakitan saraf.

Perkataan neuropati merujuk kepada saraf (neuro) dan penyakit (pathy). Maka neuropati periferal merupakan keadaan melibatkan saraf yang berada di luar sistem saraf pusat, kebanyakannya di lengan dan kaki.

Urat saraf merupakan talian komunikasi badan kita. Isyarat elektrik dari otak dipancar melalui saraf dan memberi arahan kepada berbagai bahagian badan kita. Badan juga menerima maklumat dari alam sekitar melalui deria dan menghantar maklumat tersebut kepada otak melalui saraf.

Sebahagian besar saraf periferal bertanggungjawab terhadap deria rasa seperti sentuhan, kesakitan dan sejuk atau panas suhu. Sebenarnya terdapat berjuta hujung saraf ini pada jari tangan anda, tangan, jari kaki dan kaki yang direka bentuk untuk melindungi diri dari segala bahaya dan menjauhkan kita dari suasana atau objek yang panas, sejuk, tajam dan lain-lain.

Gejala Neuropati Periferal termasuk:

l Kebas atau tidak sensitif terhadap rasa sakit atau suhu.

l Rasa berdenyut-denyut, panas atau menyucuk-nyucuk.

l Rasa sakit yang meruncing atau kekejangan.

l Sensitif yang amat sangat terhadap sentuhan, sekalipun sentuhan yang ringan.

l Kehilangan imbangan dan koordinasi.

Membeli suplemen

Pesakit diabetes mudah terdedah kepada jangkitan dan luka yang lambat sembuh. Satu kajian penting menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil suplemen harian selama satu tahun mengalami kadar keuzuran dan jangkitan. Jika anda seorang pesakit diabetes atau pra-diabetes, maka keperluan nutrisi anda adalah berlainan.

Oleh itu, jangan lupa untuk mendapatkan suplemen harian multivitamin dan mineral yang mempunyai semua bahan disebut di atas dengan kandungan yang lebih tinggi. Ambil suplemen yang dirumuskan khas untuk pesakit diabetes dan pra-diabetes untuk membantu mengoptimumkan kesihatan dan mencegah penyakit.

Selain suplemen multivitamin dan mineral harian yang baik, adalah disyorkan anda menggabungkannya dengan vitamin B-12 (mecobalamin) yang aktif dari segi neurologi, kerana keupayaannya untuk membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.

 

Pekerja OKU (Orang Kelainan Upaya) Setanding Pekerja Normal (utusan 8/12/2009)

 

KELAHIRAN setiap anak biasanya akan diiringi dengan harapan dan doa agar dikurniakan dengan rupa paras dan bentuk tubuh yang sempurna. Sebenarnya jika dinilai, tiada seorang insan di dunia ini dilahirkan dengan sempurna sebaliknya diselitkan dengan kelemahan dan kekurangan diri agar mereka beringat dan insaf untuk membina kehidupan dengan lebih teratur. Hakikat tersebut tidak boleh disangkal lagi malah mereka yang dilahirkan dengan sempurna fizikal dan mental tidak semuanya berjaya mengecapi kehidupan yang bahagia.

Sebaliknya, mereka yang dilahirkan dengan serba kekurangan dan kelemahan telah berjaya membuktikan kemampuan untuk meraih kejayaan seperti manusia normal yang lain. Begitu pun, hari ini orang kelainan upaya (OKU) merupakan golongan yang amat memerlukan bantuan dan sokongan mental, fizikal dan spritual daripada masyarakat bagi membantu mereka mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Dalam masa yang sama, golongan OKU di negara ini juga berharap agar mereka diberi peluang pekerjaan dalam usaha memperbaiki kehidupan selain hidup berdikari.

Justeru, pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan OKU bagi memastikan mereka ini terus terbela dan mempunyai masa depan yang lebih cerah sebagaimana golongan lain.  Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan program Job Coach sejak tahun 2006 untuk membantu golongan OKU mendapatkan peluang pekerjaan.

Melalui program tersebut, JKM menyediakan 'orang tengah' yang terdiri daripada pegawai-pegawainya yang dianggap sebagai sistem sokongan di antara OKU dan pihak majikan. Tugas mereka adalah mengesyorkan pekerja daripada golongan OKU yang sesuai untuk bekerja dengan pihak swasta selain memberi panduan kepada majikan bagaimana hendak menguruskan pekerja daripada golongan itu. Dalam hal ini, kerajaan turut mengambil langkah bijak dengan bekerjasama bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta bagi menyediakan latihan kemahiran kepada golongan tersebut sekali gus menjamin peluang pekerjaan untuk mereka.

Salah satu syarikat swasta yang menyahut cabaran tersebut ialah pasar raya Giant.Pada awal pengambilan, pihaknya hanya mengambil seramai 12 orang OKU di mana mereka ini merupakan perintis kepada program tersebut.Mengulas lanjut mengenai program tersebut, , tanggungjawab untuk mengendalikan pekerja-pekerja OKU oleh majikannya seterusnya dihantar berkhusus untuk mempelajari cara-cara bagaimana untuk berkomunikasi dan mengendalikan pekerja-pekerja daripada golongan itu. Bercerita lebih lanjut mengenai pekerja OKU yang ditempatkan di pasar raya  terdapat tiga kategori berdasarkan kecacatan mereka iaitu dari segi anggota fizikal (sederhana), masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.

''Pembahagian kerja kepada mereka (OKU) ini juga berdasarkan kecacatan yang mereka alami tetapi sekiranya mereka ini mempunyai kemahiran tertentu, kami akan tempatkan mereka mengikut kemahiran yang mereka miliki.'Lazimnya jenis-jenis kerja yang akan mereka lakukan ialah jurujual, khidmat pelanggan, bahagian bakeri serta juruwang,.Lebih membanggakan, pihaknya tidak pernah membezakan pekerja-pekerja mereka dan semuanya dilayan secara adil dan saksama termasuk pembayaran gaji serta kenaikan pangkat.

------------------------------------------------------------------------------

Ulasan Unit Psikologi dan Kaunseling:

Oleh yang demikian penilaian atau persepsi masyarakat terhadap golongan OKU ini tidak wajar dipandang enteng memandangkan kemampuan mereka juga sebenarnya sangat baik. Mereka juga mampu menggoncang dunia dengan lahirnya pakar akademik seperti ayang ada di UKM, UM, UIA dan universiti lain. Oleh itu, jangan sesekali memandang serong kepada kemampuan golongan ini. Hal ini kerana, Tuhan menjadikan manusia dan umatnya yang mempuyai keistemewaan sendiri.

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda