E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

Kesihatan

 Kesihatan dan manusia tidak dapat dipisahkan. Kesihatan menjamin kesejahteraan hidup secara total. Kesihatan perlu digembeleng oleh setiap dari kita agar perjalanan hidup kita akan lebih bermakna. Dewasa ini masalah kesihatan sering membelenggu komuniti sosial kita. Masalah kanser, penyakit berjangkit, AIDS dan HIV, masalah mental sering berkait rapat dengan kualiti kesihatan manusia. Kedangkalan ilmu berkaitan dengan kesihatan di kalangan kita menjadi aspek penting mengapa manusia sering dibelenggu dengan masalah kesihatan. Oleh itu, perlunya pencerapan pendidikan kesihatan yang mantap agar kita dapat membuat persediaan tentang sesuatu masalah kesihatan yang bakal kita hadapi.

 -unit psikologi dan kaunseling ILP Ipoh-

WABAK INFLUENZA H1N1

Negara kita telah digegarkan dengan kehadiran wabak Influneza H1N1. Hampir di setiap negeri mencatatkan kes terbaru.Wabak yang boleh membawa kematian cukup pantas meragut nyawa manusia yang tidak mengenal usia. Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia menyebarkan maklumat tentang wabak ini perlu diteruskan agar masyarakat kita tidak mudah melatah sebaliknya bersiap sedia kepada sebarang kemungkinan.

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia. Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

 Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair.

Amalkan cara hidup sihat agar wabak ini dapat dihindarkan:

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan

kemungkinan jangkitan.

• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di

tempat awam yang sesak.

• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan

yang perlu diambil.

• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat

dan lakukan aktiviti fizikal.

 

 Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A.         Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya. 
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi)

B.         Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

 

C.         Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

  • Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
    1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
    2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
    3. Sakit dada berterusan
    4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
    5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
    6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
    7. Rasa pening apabila berdiri
    8. Kurang kencing

Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri.  Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing




 

 

 sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

-unit psikologi dan kaunseling ILP Ipoh-

 

 

Keracunan Makanan

Keracunan makanan sering terjadi kepada kita. Keracunan makanan ini menyebabkan kita terasa sakit (pain) dan mendatangkan ketidak selesaan ( uncomfortable) kepada kita. Keadaan sedemikian mampu membawa kesan yang negatif kepada pengamal makanan sekiranya penyediaan makanan tidak sebaik mungkin.

PUNCA KERACUNAN MANAKAN

PENYAKIT BAWAAN MAKANAN

        (1)  KERACUNAN

        (2)  JANGKITAN

Keracunan:-

(a) Bahan Kimia

(b) Racun dari benda hidup:- haiwan, tumbuhan, kuman

Jangkitan :-

(a) Kuman :- Kuman, Parasit

(b) Parasit

Keracunan makanan boleh berpunca daripada racun atau toksin yang terdapat dalam makanan sama ada dihasilkan oleh mikro organisma atau secara semula jadi dalam tumbuhan, haiwan dan kulat atau bahan kimia yang digunakan oleh manusia. Jangkitan makanan pula berlaku disebabkan oleh serangan organisma hidup terhadap sistem badan, tisu dan usus lalu menyebabkan penyakit. Antaranya ialah kuman, virus, bakteria, parasit, protozoa dan cacing. Serangan ini boleh berpunca daripada penghasilan racun atau serangan kepada usus, tisu dan sistem badan manusia.

 

Kesihatan Mental Di Ambil Enteng

KIRA-KIRA 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima rawatan yang diperlukan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menganggarkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental kemungkinan mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Gangguan kesihatan mental adalah lebih lazim daripada apa yang anda fikirkan. Tahun lepas sahaja 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan, satu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan remaja semakin meningkat.Kaum hawa lebih cenderung menghadapi masalah kesihatan mental dengan peratusan mereka yang terbabit mencatatkan 12.1 peratus berbanding 10.4 peratus bagi lelaki. Lima daripada 10 punca utama kecacatan adalah berkaitan dengan penyakit mental. Kemurungan dijangka menjadi punca utama kedua kecacatan menjelang 2020.

AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2009 pada 9 Oktober dengan mensasarkan kepada peranan penting pakar-pakar perubatan utama dalam mengenalpasti dan merawat gangguan psikiatri. Tema tahun ini ialah 'Kesihatan Mental Dalam Penjagaan Utama; Mempertingkat Rawatan dan Menggalakkan Kesihatan Mental'. Ramai yang tidak akan menimbangkan untuk menemui ahli psikiatri apalagi kebanyakan tidak akan menerima hakikat yang mereka mempunyai masalah kesihatan mental.Dan mereka malu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan mental dan seringkali rasa lebih selesa untuk bertemu dengan doktor di kejiranan mereka. Pakar-pakar penjagaan utama ini berada di barisan hadapan sistem penjagaan kesihatan awam dan lebih mengetahui sejarah kesihatan pesakit mereka.  Oleh itu perlu ada kemampuan untuk mengenalpasti simptom selain pengetahuan psikiatri untuk melaksanakan rawatan.

Profesor Dr. Mohamad Hussain, yang juga Pakar Rawatan Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata pengesanan awal serta diagnosis yang wajar membolehkan pesakit menerima rawatan yang sesuai. ia juga mencegah gangguan mental yang lebih buruk lagi dan akhirnya membolehkan pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan normal bersama masyarakat semasa menjalani rawatan. Satu pendekatan bersepadu membabitkan pakar-pakar utama dalam penjagaan kesihatan akan mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ahli psikiatri, dan akan banyak membantu mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan yang mampu. Pendekatan ini memastikan bahawa pesakit tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan ubat-ubatan daripada ahli psikiatri, yang banyak mengurangkan beban kepada mereka yang menjaga pesakit mental.

Stigma

Stigma yang wujud di kalangan umum dan sehinggakan pakar-pakar penjagaan kesihatan merupakan punca utama kes-kes psikiatri gagal dikesan dan dirawat dari awal lagi. Ubat-ubatan terbaru membolehkan gangguan mental dirawat. Bagaimanapun, ramai yang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional kerana beranggapan mereka akan dicemuh sebagai 'gila' ataupun akan didiskriminasi jika didiagnosis dengan gangguan mental,Isu ini diburukkan lagi oleh tanggapan salah di kalangan pakar perubatan iaitu masalah kesihatan mental merupakan komponen kurang penting dalam profesyen perubatan.

Stress punca kepada penyakit mental.

Dalam menyelusuri keadaan dunia moden stress merupakan penyakit utama msyarakat. Kepadatan penduduk, tempat kerja dan kerja yang membebankan, masalah kewangan, masalah perhubungan, merupakan beberapa punca stress terjadi. Kurangnya ilmu berkaitan dengan mengurangkan kadar stress menyebabkan individu sukar untuk berhadapan dengan stress dan berlakunya masalah mental.

Beberapa penawar stress yang pernah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata; relakslah....
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik yang menenangkan
  8. Beriadah
  9. Berrekriasi
  10. Berfikiran positif

amalkan 10B

 

Parkinson dan Gangguan Psikosis

Pakar Perunding Neurologi, Dr. Chew Nee Kong, gangguan psikiatri adalah simptom tanpa gerak merupakan yang paling umum dalam kalangan pesakit Parkinson, selain simptom motor umum.

"Pergerakan yang perlahan, tubuh menjadi kaku atau bergoncang adalah antara petandanya. Orang lain biasanya tidak nampak kewujudan simptom tanpa gerak yang sebenarnya berlaku lebih awal daripada petanda tersebut,"

Kemurungan, rasa letih, kerisauan, sembelit, gangguan untuk tidur dan hilang deria hidu seharusnya menjadi petanda yang perlu dikesan awal.Jangan terkejut juga jika gangguan seperti depresi dan rasa risau akan menjangkaui keseriusan simptom motor Parkinson dalam tempoh beberapa tahun sahaja lagi.

Biarpun depresi dan kerisauan tidak semestinya berpunca daripada reaksi terhadap penyakit Parkinson, ia tetap signifikan. Ini memandangkan kedua-dua simptom itu adalah faktor risiko untuk mendapat penyakit tersebut. Gangguan psikiatrik yang lain adalah kekeliruan, halusinasi dan dementia. Meskipun simptom-simptom ini boleh memudaratkan, komplikasi bagi individu yang menghadapinya sering dipandang sebelah mata.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan di sebuah klinik pakar, satu pertiga daripada pesakit Parkinson yang ditemui disahkan mengalami depresi. Malah, dua pertiga daripada jumlah itu tidak mendapatkan rawatan bagi menangani masalah tersebut.

"Situasi seperti ini berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang simptom-simptom tanpa motor. Apabila pesakit Parkinson kembali mendapatkan pemeriksaan susulan, doktor dan pihak penjaga lebih memberi perhatian kepada aspek motor seseorang pesakit,".

Dalam bengkel anjuran Persatuan Penyakit Parkinson Negeri Sembilan (NSPS), Persatuan Psikiatrik Malaysia dan Yayasan Parkinson Llyod Tan itu, kandungan buku Two Sides of The Same Brain: Psychiatric Disorders and Parkinson's telah mencuri perhatian para peserta.

Buku itu mengenengahkan laporan dan cerita tentang simptom-simptom tanpa gerak yang berlaku dalam kalangan pesakit Parkinson, selain menyertakan koleksi kajian serta huraian saintifik mengenai kaitan antara gangguan psikiatrik dengan penyakit tersebut. Himpunan testimoni daripada pesakit dan golongan penjaga turut diselitkan agar pembaca mendapat gambaran sebenar tentang pengalaman mereka.

Dalam sesetengah kes, impak gangguan psikiatri ke atas golongan penjaga adalah lebih dahsyat daripada yang disangkakan. Jelasnya, pasangan bagi pesakit Parkinson ada kalanya menghidapi masalah depresi yang jauh lebih serius berbanding golongan berusia yang lain.

Di Malaysia, dianggarkan terdapat sekitar 25,000 hingga 30,000 pesakit Parkinson. Bilangan itu dijangka meningkat sehingga 40,000 menjelang 2020 nanti.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2006), sebanyak 11.2 peratus daripada populasi orang dewasa di Malaysia didapati menghidapi gangguan psikiatrik. Maka, tidak hairanlah apabila masalah tersebut dan Parkinson dikelaskan sebagai antara gangguan otak paling umum di negara ini. Malah, gangguan psikiatrik dalam kalangan pesakit Parkinson juga dijangka menjadi beban kesihatan utama masyarakat di negara ini. Kadar kelaziman dan impak gangguan psikiatrik dalam pesakit Parkinson adalah signifikan. Pengamal perubatan khususnya doktor dan masyarakat pada umumnya perlu mengubah persepsi mereka tentang simptom tanpa gerak pesakit Parkinson ini.Hanya dengan cara ini, simptom-simptom (tanpa gerak) itu boleh diuruskan sebaik mungkin tanpa dipandang remeh. Pada masa yang sama, mereka perlu mendapat maklumat tentang pelbagai rawatan yang berkesan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia.

Pesakit yang menerima rawatan pada peringkat awal atau pertengahan masih mampu menikmati kualiti kehidupan yang baik. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun pertama penyakit itu, pesakit Parkinson akan diberi ubatan seperti dopamine agonist yang efektif untuk mengawal simptom-simptom motor. Malangnya, seiring dengan peredaran masa dan kemerosotan fungsi fizikal, seseorang pesakit bertambah sukar dalam menjalankan aktiviti harian. Biarpun menerima dos perubatan maksimum, sesetengah pesakit juga perlu menjadi sejenis pembedahan otak yang dikenali sebagai Rangsangan Otak Dalaman (Deep Brain Stimulation - DBS).

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan untuk gangguan psikiatrik pula, doktor akan memberi ubat antidepresi. Malah, terdapat sejenis ubat baru iaitu pramipexole yang terbukti mampu memperbaiki kedua-dua simptom motor dan depresi yang dialami pesakit Parkinson.Sementara itu, Presiden Persatuan Parkinson Negeri Sembilan, Gharizah Hashim, hakikatnya, persepsi yang salah terhadap penyakit ini boleh diperbetulkan menerusi program-program pendidikan dan sebaran media.

(Pemahaman terhadap penyakit Parkinson perlu dipandang serius memandangkan ianya melibatkan gangguan psikosis dan sistem motor badan)

-rujukan: Kosmo 2010.

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda