E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

Personaliti dan Penilaiannya

Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti tersendiri. Inilah di antara perkataan yang sering kita dengar apabila memperihalkan atau bercakap tentang seseorang individu dan satu daripadanya ialah perkataan personaliti. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain.

Apabila kita mengenali seseorang teman yang baru, sudah tentu kita ingin mengetahui siapa namanya, di mana dia tinggal, bagaimana rupa parasnya, apa kegemarannya, apa yang tidak disukainya, dan seterusnya kita juga ingin mengetahui bagaimana dia berfikir, apakah dia sensitif dan tentang perasaan serta tingkah lakunya dengan terperinci. Dalam erti kata lain, kita ingin mengenali personalitinya, iaitu sifat-sifat keperibadiannyayang boleh membezakannya daripada orang lain.

a. Mendefinisikan Personaliti.

Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi, dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individ

Personaliti manusia dikaji oleh pakar-pakar psikologi seperti Sigmund Freud. Carl Jung, Alfred Alder, Carl Rogers, Albert Bandura, Abraham Maslow, B.F. Skinner, Raymond B. Cartell dan ramai lagi. Mereka semua mengutarakan teori masing-masing mengenai personaliti manusia, bagaimana cara untuk mengenali dan memahaminya. Selaras dengan pendapat serta pandangan tersebut, mereka juga mengutarakan definisi yang berlainan mengenai personaliti manusia. Sigmund Freud umpamanya mengatakan yang personaliti itu adalah hasil integrasi struktur-struktur id, ego dan superego. Carl Jung pula melihatnya sebagai integrasi ego, alam tidak sedar peribadi, alam tidak sedar kolektif, kompleks-kompleks, persona dan beberapa struktur yang lain. Alfred Alder melihatnya sebagai cara kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap masalah hidup dan matlamat hidup. Ini hanyalah tiga definisi am yang diutarakan oleh tiga pakar yang mengasaskan teori masing-masing dalam perspektif psikoanalisis, dan kita lihat yang ketiga-tiganya amatlah berbeza. Maka itu, bolehlah diandaikan bahawa setiap satu teori akan berdasarkan pandangan pakar teoris itu terhadap manusia dan pandangan itu akan berbeza antara satu dengan yang lain.

b. Mengapa Personaliti Perlu Dikaji

Dalam kita mengkaji personaliti manusia, dua perkara sentiasa menjadi tumpuan. Pertama adalah sifat-sifat individu itu sendiri dan kedua adalah perbezaan yang boleh dikenal pasti di antara satu individu dengan yang lain. Sifat-sifat individu termasuklah perkara seperti cara ia berfikir, bereaksi, beremosi, dan berinteraksi dengan alam sekelilingnya. Perbezaan individu pula memperihalkan yang tiap-tiap sifat ini seharusnya mempunyai beberapa faktor yang membolehkan individu tersebut dibezakan dengan individu lain. Dua orang individu yang sama-sama mempunyai sifat bergantung mungkin mempunyai perbezaan dari cara ia bereaksi dan beremosi terhadap alam sekitanya, iaitu samada mempunyai emosi yang stabil ataupun tidak stabil. Aspek-aspek inilah yang selalunya diambil kira apabila mengkaji personaliti.

Satu lagi sebab utama mengapa pakar-pakar psikologi mengkaji personaliti manusia adalah untuk memahami mereka dengan lebih mendalam. Bertepatan dengan matlamat psikologi, iaitu untuk memperihal, memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Apabila kita mengetahui sifat tabii, maka ianya akan lebih memudahkan lagi usaha mencapai matlamat yang disebutkan itu. 

Pembelajaran dan Personaliti ( keselarian dan penglestarian )

Pembelajaran merupakan salah satu janaan otak yang memberikan satu nilai kepada perkembangan kehidupan. Pengalaman juga dikaitkan dengan pembelajaran tidak langsung kepada individu. Pembelajaran memberikan nilai tambah kepada individu dalam mentranfomasikan diri dari sesuatu tahap ke tahap yang lain.

Pembelajaran banyak mempengaruhi personaliti individu. Melalui pembelajaran individu boleh terakru dan melakukan sebarang perubahan pada diri dan persekitarannya. Ahli psikologi telah banyak melakukan penyelidikan dalam melihat keselarian dan kelestarian pembelajaran terhadap personaliti individu. Pelbagai jenis teori yang telah dikemukakan oleh psikologis terdahulu dalam melihat aspek ini.

Teori Pembelajaran Behaviorisma.

Antara tokoh terpenting adalah Ivan Pavlov  seorang pakar fisiologi Rusia yang telah mendapat hadiah Nobel melalui kajiannya. Beliau telah mengkaji pelaziman seekor anjing terhadap pembelajaran yang mempengaruhi ketingkahlakuan anjing tersebut. Melalui kajian beliau, anjing akan mengeluarkan air liuar apabila makanan dihidangkan. Namun saban hari ianya berubah, anjing terus mengeluarkan air liur biarkan pun makanan belum lagi dihidangkan. Di sini berlakukanya pelaziman faktor pembelajaran yang mampu mempengaruhi ketingkahlakuan anjing tersebut. Sewaktu menghidangkan makanan, berlakunya keselarian aktiviti pemberi makanan kepada anjing tersebut. Contohnya bunyi tapak kaki, bau makanan, bunyi pembuka tin dan lain-lain lagi. Apabila aktiviti-aktiviti tersebut diulangi hari kehari ianya akan memberikan kesan pembelajaran kepada anjing tersebut. Anjing tersebut akan mengeluarkan air liur apabila berlakunya aktiviti-aktiviti tersebut biarpun kadangkala waktu makan untuk anjing tersbut diubah dalam melihat fungsi pembelajaran yang mempengaruhi tingkahlaku anjing tersebut.

 

 Teori Pembelajaran Sosial

Antara tokoh terkenal adalah Albert Bandura. Pada dasarnya teori ini bertitik tolak kepada kepercayaan yang melibatkan isu-isu dalam proses pembelajaran sosial dan persekitaran. Albert telah memainkan peranan penting kepada proses pemodelan sosial yang terpenting dalam kaitan kepada perubahan tingkahlaku atau personaliti.

Bobo-doll meruapakan kajian yang dilakukan oleh beliau dalam melihat interprestasi perubahan tingkahlaku adalah signifikan dengan permodelan sosial ataupun pengaruh sosial. Beliau melihat betapa faktor pesekitaran adalah selari dengan proses pembelajaran sosial yang mampu mempengaruhi tindakan individu. Kajian bobo-doll dilakukan dengan meletakkan kanak-kanak dengan tayangan perlawanan/ gusti. Kanak-kanak tersebut didedahkan dengan tayangan tersebut dan diulangi berkali-kali diselangseli dengan paparan yang berbeza. Dalam suatu jangka masa kanak-kanak itu mampu meniru gaya seperti dalam tayangan tersebut.

Albert cukup percaya bahawa faktor pembelajaran sosial amat penting dalam mempengaruhi tingkahlaku individu. Melalui proses pembelajaran sosial yang dimulakan dengan proses penghayatan kepada proses perkembangan maklumat otak dan diinterprestasikan melalui perbuatan/tingkahlaku.

Ransangan (persekitaran) -> Proses Penilaian Otak-> Kelestarian -> Interpretasi Melalui Tingkahlaku

 -Unit Psikologi dan Kaunseling ILP IPoh-

title

Click to add text, images, and other content

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda