E-PsikoKaunseling

Penyatuan Psikologi dan Kaunseling
Menjana Legasi Realiti Rasional Pada Ruang Lingkup Berbeza

(1) Teknik Belajar Berkesan : dorongan+sikap

Belajar bukalah suatu perkara yang menyiksakan. Namun ianya akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kita bijak dan pandai menggayakan cara kita belajar. Namun kebanyakan daripada kita, banyak belajar pada waktu akhir atau di saat genting sebelum menempuh ujian yang bakal tiba.Kaedah sedemikian bukanlah suatu cara yang berkesan malah memberikan kesan yang buruk kepada kemampuan perhatian dan kemampuan otak utuk berfikir apabila menempuh ujian. Perancangan awal dalam belajar perlu dibina supaya belajar itu boleh menjadi suatu perkara yang menyeronokkan

(a) DORONGAN

Dorongan merupakan daya yang menenangkan dan memotivasikan semangat dan usaha. Sebarang kegiatan tanpa dorongan akan menyebabkan kita menjadi lemah. Di dalam belajar juga, seseorang perlu meletakkan suatu dorongan untuk memberi semangat untuk belajar.

1) Dorongan Cita-Cita

Dengan cita-cita yang jelas kita dapat menumpukan usahanya ke arah matlamat.Sekiranya cita-cita itu berubah maka penumpuannya juga berubah. Cita-cita perlulah didasarkan kepada keadaan yang realiti yang mana boleh dicapai. Sekiranya cita-cita itu diluar kemampuan fizikal, mental dan emosi ianya tidak akan memberikan kesan yang positif. Sebaliknya cita-cita perlulah mengikut arah yang telah ditetapkan dan boleh dicapai. Dengan adanya dorongan cita-cita ini, maka dalam kita belajar, hala tuju telahpun kita sediakan supaya ianya mampu menjadi pendorong untuk kita menuju kejayaan.

2) Dorongan Kepuasan Menuntut Ilmu

Kepuasan daripada ilmu yang didapati juga dapat mendorong seseorang untuk terus belajar dan berusaha. Untuk mencapai kepuasan ini, kita haruslah menyelidiki kegunaan dan kepentingan sesuatu ilmu yang kita pelajari. Dengan mengetahui fungsinya, minat untuk mengetahui atau perasaan ingin tahu itu akan mendorong seseorang untuk berusaha mempelajarinya.

3) Dorongan Harapan

Apabila kita tidak mempunyai harapan untuk tidak berjaya, sudah pasti usahanya juga tidak bersungguh-sungguh. Keadaan ini sebagai satu bentuk ramalan yang cukup negatif. Seharusnya harapan kita haruslah tinggi supaya kita dapat mengusahakan hasrat itu. Harapan untuk berjaya dalam ujian haruslah ditanamkan supaya kita mampu mendorong untuk belajar dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

(b) SIKAP

Sikap positif ialah sikap yang membuatkan seseorang itu meningkatkan usaha sementara sikap negatif menyebabkan kurangnya usaha dan hal ini merupakan batu pengahalang. Sikap yang berbeza ini dapat dilihat dengan beberapa aspek.

 

Sikap Positif

Sikap Negatif

Yakin terhadap kebolehan dan usaha sendiri

Ragu-ragu terhadap kebolehan diri sendiri.

Tidak malu bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

Malu bertanya

Pencapaian yang lemah dalam sesuatu ujian dijadikan sebagai mungkin untuk peningkatan usaha dan keazaman.

Pencapaian yang lemah dianggap sebagai kegagalan muktamad.

Berdisiplin yakni belajar mengikut perancangan yang teratur

Belajar secara rambang

Memberi keutamaan yang tinggi kepada pembelajaran apabila masa diperuntukan untuk belajar.

Mudah mengalih usaha kepada perkara lain

Sedia menerima teguran dan nasihat yang ada

Tidak peka kepada teguran dan sukar menerima teguran tersebut

Sentiasa bersedia

Kelam kabut di saat akhir

Menyelesaikan kerja secepat mungkin

Suka tangguh menangguh dan acuh tak acuh

Tawakkal

Menyerah kalah tanpa berusaha dan sering menyalahkan takdir.

 "Jadikan belajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan agar kita mudah untuk mencerap ilmu. Belajar secara berkesan lebih mudah dari belajar tanpa hala tuju yang mana akan tersasar dari matlamat awal"

 

 

 

Sumber: Belajar Teknik Belajar (PTS.2002)

 

 

-Unit Psikologi dan Kaunseling ILP Ipoh-

Sekadar renuangan

Renung-renung kan..:)

E-KAUNSELING (PERKHIDMATAN KAUNSELING)



En. Asraf Johar bin Salleh

Peg. Psikologi ILP IPOH

KB,PA (KB06900, PA06414)

Ba.Hons Psychology (UKM)

Master Education Counseling (UPSI)


UNTUK SESI KAUNSELING ONLINE ( E-KAUNSELING)

SILA HANTAR EMAIL YANG TERTERA


kaunselor.ilpipoh@gmail.com  (klik here)


SILA SERTAKAN

BUTIR PERIBADI ANDA SEPERTI:

1. NAMA

2.ALAMAT

3. NO TELEFON

4. HARI TEMUJANJI ( JIKA PERLUKAN TEMUJANJI)

5. DAN CERITAKAN MASALAH ANDA

MAKLUMAT ANDA ADALAH DIRAHSIAKAN!!


Unit Psikologi dan Kaunseling sedia membantu.




Whats New!! ( New Page)

1. Ledakan Akhbar

2. Tips Temuduga- kerjaya

3. Ujian Ketagihan Rokok - inventori

4. Kerja kosong- kerjaya

5. Genatik Manusia- psikoperkembangan

:D

 

Di Sebalik Kata-Kata

Quote of the Day

Positive






Personafikasi minda